perjalanan hidup yang masih panjang-namun usia semakin singkat


October 17, 2011

sedikit perkongksian ilmu

malam jumaat lepas, saya telah menghadiri ceramah,
tajuk ceramah tu "dakwah milik siapa"
penceramahnya ialah Brother Shah Kirit
memang ramai yang hadir
sehinggakan penuh bilik kuliah e,
fakulti sastera dan sains sosial, um
dalam ceramah beliau,
beliau menyatakan dakwah adalah kepada semua
islam dan bukan islam.
beliau ada menyebut orang bukan islam
belajar tentang islam
bukan dengan kaji Al-Quran
tetapi melihat apa yang dihidangkan dihadapan mereka
tingkah laku masyarakat islam.
beliau bertanya
penagih dadah paling ramai, siapa?
kes rogol paling ramai, siapa?
kes buang anak paling ramai, siapa?
mat rempit paling ramai, siapa?
jawapannya...
fikir sendiri
apakah penilaian orang bukan islam
terhadap islam jika melihat kepada
situasi di atas?
banyak pendekatan yang boleh digunakan untuk berdkawah
menyebarkan islam kepada orang bukan islam.
"dakwah lah apa yang kita amalkan dalam islam nescaya apabila kita berdakwah kita sedikit demi sedikit akan mengubah diri kita kepada yang lebih baik"

No comments:

Post a Comment