perjalanan hidup yang masih panjang-namun usia semakin singkat


March 30, 2010

Sekretariat Pelajar Festival Seni UM 2010











































Menjadi salah seorang ahli sekretariat pelajar feseni UM memberikan banyak pengalaman berharga dan pegetahuan berguna pada diri. Pengorbanan masa selama 3 minggu, bermula dari 9 hingga 28 mac 2010 adalah bukan satu perkara yang sia-sia kerana penglibatan dalam festival seperti ini memberikan kita pengalaman mengendalikan sesebuah majlis dengan teratur dan mempunyai sistem yang tersusun. Kesalahan dan kesilapan serta kecuaian semasa mengendalikan festival ini akan saya jadikan sempadan dan segala kritikan dan suara-suara nakal di luar sana tidak menggugat semangat saya bergelar sekretariat sehingga ke malam terakhir iaitu malam juara-juara. Bermula dengan bertugas sebagai petugas penjaga rehearsal kemudian sebagai teknikal, backstage, runner, pendaftaran, penjaga hakim dan tugas yang paling berat ialah sebagai sm(stage manager) dan juga teknikal semasa malam juara-juara. Malam juara-juara dihadiri tetamu kehormat iaitu NC, TNC, dan VC serta pengetua-pengetua kolej, pengarah-pengarah, dekan-dekan dan banyak lagi.
terima kasih diucapkan kepada encik fadzli, encik ramzi, kak napi, fahmi, kak nadirah dan sekretariat yang lain kerana memberi tunjuk ajar, berkongsi pengalaman kepada saya.
Sekretariat feseni 2010 adalah yang terbaik dan sudah menjadi seperti keluarga yang apabila susah akan susah sama-sama dan apabila senang akan senang sama-sama. Jika diberi kekuatan dan umur yang panjang, insyAllah saya akan turut serta sebagai sekretariat pelajar festival seni 2011,amin......

March 29, 2010

koleksi t-shirt program persatuan, kolej dan universiti malaya




jaket feseni UM
jaket UM
JKP sukan & rekreasi kk3
kids art day
Sedaya
Opkim
Sukfap
sekretariat Feseni UM
Kayakers Kolej kediaman Ketiga
festival seni universiti malaya
Kids Art Day
JKP Sukan Dan Rekreasi kk3
baju haluansiswa





















March 16, 2010

Malam Gemerlapan Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya










Diadakan pada 13 march 2010 bertempat di sebuah restoran eksklusif di ibu negara yang menjadi pilihan para artis untuk mengadakan function iaitu Restoran Puteri TTDI, Kuala Lumpur. "dinner" ini telah dihadiri oleh ahli persatuan pakk sendiri dan para tetamu vip dari fakulti pendidikan universiti malaya. Terima kasih kepada pelaksana malam gemerlapan atas layanan yang diberikan. Tahniah kepada yang menjadi Mr & Miss Night pakaian korang memang "Versetyle"...tahniah juga kepada pemenang "luckydraw" malam itu..kepada yang tidak menang cuba lagi tahun hadapan ok.....

March 14, 2010

peringatan dan nasihat

Salam

(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"

(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"

(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"



Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

PENGERTIAN MAKSUD IMAN

- DARI SEGI BAHASA :
Yakin Dan Percaya

- DARI SEGI ISTILAH :
Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan
BERAMAL DENGAN ANGGOTA

"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."

Malam Anugerah Kurshiah 2009/2010











Diadakan pada 5 MAc 2010. Bertempat di hotel The Palace of Golden Horses, Mines, Kuala Lumpur dengan tema "Menjunjung Tradisi Menggapai Puncak". Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia iaitu YB.Dato Dr. Mohd Puad Zarkashi yang juga ahli Parlimen Batu Pahat. Menjadi salah seorang Ahli Jawatankuasa Pelaksana Malam Anugerah Kurshiah sungguh memenatkan tetapi pengalaman yang kita perolehi sangat berguna pada masa akan datang. Tidak mahu mengulas panjang, secara keseluruhannya MAK sesi ini berjalan lancar dan sungguh meriah dengan pelbagai persembahan dan pakaian para jemputan sangat cantik dan mengikut tema iaitu "gold n black".

March 13, 2010

Kids Art Day 2010





Merupakan program Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya yang agak besar kerana melibatkan pihak luar. Memegang jawatan sebagai penolong pengarah publisiti dan jemputan, ia tidak semudah yang di sangka. Pelbagai halangan terpaksa di lalui untuk melaksanakan tugas yang di amanahkan. Bermula dengan mencari ahli-ahli yang boleh dan mempunyai komitmen melakukuan tugas yang diberi. Saya sebagai ketua memulakan tugas dengan mencari dan mendapatkan senarai tadika di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor bagi tujuan mengenalpasti lokasi untuk mempromosikan program ini. Bermula dengan membuat panggilan telefon ke tadika-tadika yang kami kenalpasti berpotensi untuk menyertai program ini sehinggalah menghantar surat menggunakan POS LAJU dan juga menghantar sendiri surat-surat dan borang penyertaan. Saya,Wan dan Pengarah Kids Art Day sendiri iaitu, Saudari Norazie telah mengorbankan cuti pertengahan sem untuk terus berada di universiti bagi menghantar surat dan borang penyertaan ke tadika yang berdekatan. Selepas menghantar surat kami terpaksa Terpaksa melakukan "follow up" untuk mendapatkan kepastian penyertaan sesebuah tadika itu. Saya dan ahli yang lain iaitu kak mira, kak abet, kak sarah, mardiana, hafizan dan syafikah telas sedaya upaya mendapatkan seberapa banyak penyertaan sama ada dari tadika mahupun pihak persendirian. 3 hari sebelum progarm ini berlangsung saya dan beberapa orang rakan telah bersama-sama menaikkan banner dan banting di sekitar Universiti Malaya sebagai promosi program di dalam kampus. Selain itu juga saya dan rakan iaitu Fadhil telah mengecat bahagian dinding pentas yang sudah kelihatan usang. Sehari sebelum program bahagian publisiti dan jemputan ditugaskan untuk menyiapkan backdrop. Saya memohon maaf kepada ahli kerana tidak dapat bersama-sama pada hari berkenaan kerana ada program lain yang terpaksa saya hadiri. saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli saya kerana berjaya menyiapkan tugas yang diberi dengan jayanya. terima kasih juga pada akak -akak tahun 3 pakk yang membantu unit publisiti dan jemputan menyiapkan backdrop itu. Backdrop yang dihasilkan sungguh menarik dan cantik. warna yang "colourfull" sesuai dengan program ini. terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Yang lemah itu datang dari diri saya sendiri dan yang baik itu datang dari Allah. sekian wassalam.