perjalanan hidup yang masih panjang-namun usia semakin singkat


October 1, 2011

Program Dekorasi Tabika KEMAS Daerah Lipis (23-25 September 2011)

Sinopsis

Program ini telah di jalankan di Balai Raya Kampung Kuala Kechau. Balai raya kampung ini telah dijadikan bangunan sementara untuk tabika yang akan beroperasi awal Januari 2012 nanti. Seramai 80 peserta telah terlibat dalam program ini. semua peserta bersama-sama menghias balai raya menggunakan standard kurikulum kebangsaan prasekolah untuk dijadikan tabika. Peserta turut dibantu penduduk kampung di situ. Hasilnya dalam masa sehari bermula dari jam 8 pagi sehinggalah lewat 1 pagi dewan balai raya berjaya didekorasi menjadi sebuah tadika. Tabika Kemudian telah dirasmikan oleh Yang Berhormat YB.Dato' Ir.Mohd Soffi Bin Tan Sri Abdul Razak,DSAP., DIMP., AMP.Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan Negeri. Merangkap Adun Kawasan Benta. Tabika ini telah selamat dirasmikan pada 25 september 2011. Saya selaku pengarah program mewakili semua tenaga kerja program dekorasi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak dato Soffi kerana sudi hadir sekaligus merasmikan pembukaan Tabika ini. Terima Kasih juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program masyarakat iaitu untuk menyediakan ruang belajar yang selesa untuk kanak-kanak desa mendapatkan pembelajaran yang lebih kondusif berbanding sebelum ini selaras dengan tema iaitu Tansformasi Ke Arah Pemantapan Awal Pendidikan.











No comments:

Post a Comment