perjalanan hidup yang masih panjang-namun usia semakin singkat


TAZKIRAH

06 oktober 2011

Rasulullah s.a.w. bersabda “Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan. Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:” Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah Subhanahuwata’ala melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.” (Muslim)
Terdapat tujuh dosa besar yang boleh membawa kebinasaan terhadap sesiapa yang melakukannya iaitu:
1. Syirik kepada Allah SWT – iaitu menyamakan atau menduakan Allah Subhanahuwata’ala dengan sesuatu yang lain seperti patung, dewa, jin dengan menganggap bahawa sesuatu yang lain juga mempunyai kuasa.
2. Sihir. Mengamalkan atau mempraktikkan ilmu sihir kepada orang lain.
3. Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah Subhanahuwata’ala (orang yang tidak bersalah), melainkan dengan jalan yang benar seperti untuk mempertahankan diri atau; menegakkan hukum Allah Subhanahuwata’ala (menjalankan hukuman qisas iaitu “bunuh balik” dan menjalankan hukuman bunuh ke atas mereka yang murtad setelah diberi peluang bertaubat)
4. Memakan harta anak yatim.
An-Nisaa [10] : Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka, dan mereka pula akan masuk ke dalam api Neraka yang menyala-nyala.
5. Melakukan atau memakan riba.
Ali-Imran [130] : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah Subhanahuwata’ala supaya kamu berjaya.
6. Lari dari medan perang.
Dosa besar bagi mereka yang lari dari peperangan kerana takut, tetapi tidak berdosa bagi mereka yang lari, kerana ia adalah sebahagian taktik peperangan dan bagi mereka yang mencari perlindungan sebelum meneruskan peperangan.
7.Menuduh perempuan yang suci melakukan zina.
Berdosa besar bagi tuduhan berzina terhadap perempuan yang suci. Isteri Baginda Mulia iaitu Aisyah r.a. juga pernah dituduh berzina dan akhirnya turun firman Allah Subhanahuwata’ala membela dan memberitahu kesucian beliau.


05 oktober 2011
Setiap pegangan, perbuatan atau perkataan yang menunjukkan penghinaan terhadap Allah, kitab-kitab-Nya, para nabi-Nya, para malaikat-Nya, hukum-Nya, syiar-Nya, janji-Nya atau ancaman-Nya adalah suatu kekufuran.

3 disember 2010

Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah , Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’
Sucikanlan dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak di bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru , sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal-usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk , itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan “Hayya ‘alas Solaah”
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan “Hayya ‘alal Falaah”
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera
Isteri , kad kredit dan kereta
Kondominium , saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia…


3 DISEMBER 2010

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" [Al-Isra' 17:36]

1 DISEMBER 2010

INGATLAH: SEURAT RAMBUT BAGI WANITA YANG MENDEDAHKAN KEPADA AJNABI BERSAMAAN 40 TAHUN DALAM NERAKA ALLAH. 1 HARI DI AKHIRAT BERSAMAAN 1000 TAHUN DI DUNIA. JUMLAH BAGI 40 TAHUN DI AKHIRAT SAMA DENGAN 14600000 HARI DI DUNIA UNTUK 1 HELAI RAMBUT! MAMPUKAH AKU MENANGGUNG AZAB SEPANJANG MASA ITU?

22 nov
bismillahirrahmanirrahim. maksudnya, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Allah pemurah kepada semua hambanya yang rajin berusaha tidak kira agama bangsa atau keturunan. Orang kafir yang rajin berusaha juga akan mendapat hasil daripada usahanya. begitu juga dengan orang Yahudi. Sebagai umat yang paling hampir denganNya kita mestilah mengambil peluang ini. sifat penyayang Allah hanya untuk umatnya yang sujud kepadanya. jadi rebutlah kasih sayangNya dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

14 NOV.
ALLAH MEMBERI KITA SAKIT SEBAGAI ALAT UNTUK MENGHAPUSKAN DOSA KITA DIMUKA BUMI KERANA HUKUMAN DI ALAM AKHIRAT ADALAH LEBIH BERAT.
DAN KITA MESTILAH YAKIN BAHAWA PENYAKIT YANG DIBERI ITU ADA PENAWARNYA. KITA SEBAGAI MAKHLUKNYA HARUS BERIKHTIAR MENCARINYA.


Setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan dan kekhilafan.
Maka hendaklah kamu bertaubat dan memohon keampunan dariNya
Jika kesilapan dan kekhilafan itu dilakukan antara kalangan kamu,
Maka hendaklah kamu memohon maaf dengan orang yang telah kamu sakiti itu dan
Kamu juga mestilah bersikap lapang dada untuk memaafkan mereka
Mempunyai sikap pemaaf(sikap golongan yang terpuji).