perjalanan hidup yang masih panjang-namun usia semakin singkat


January 26, 2011

program Mahasisiwa Bersama Masyarakat Desa 2011

Dijalankan di Kampung Kuala Kechau Kuala Lipis Pahang. Perjalanan masuk ke kampung ini mengambil masa 15 hingga 20 minit dengan menaiki lori atau kenderaan kecil lain seperti kereta dan motosikal. melibatkan seramai 93 orang peserta dan 1 seorang pensyarah serta 5 orang pengiring. Pengalaman yang sungguh menyeronokkan dan begitu terharu dengan penduduk kampung yang menyambut kami dengan mesra walaupun kelengkapan mereka begitu banyak tetapi masyarakat kampung sangat teruja dengan kedatangan kami semua.

Ketibaan di Kg Kuala Kechau







Sesi Penyerahan Anak Angkat




Bersukan bersama masyarakat desa





Kuliah Agama





Sesi bersalaman



Malam Citra Seni (SEDAYA) Anjuran Persatuan Pendidikan Awal Kanak2. pada 15 januari 2011


Merupakan aktiviti tahunan persatuan ini. Setiap tahun dari kursus ini akan membuat persembahan. Terdapat juga persembahan dari pelajar-pelajar kaunseling dan juga tesol.
Ahli jawatan kuasa juga membuat persembahan dan persembahan isitimewa daripada ILHAM iaitu kumpulan nasyid yang mempunyai dua anggota baru saja berusia setahun. Tujuan program ini untuk menunjkkan bahawa pelajar bukan sahaja belajar akademik tetapi dapat mengasah bakat pelajar dalam bidang kesenian.

January 11, 2011

9 ciri calon isteri yang perlu dicari

1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.




5. Berakhlaq Mulia

Wanita yang berakhlaq mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:

.:: - Bersopan satun
.:: - Senantiasa memaniskan wajah
.:: - Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: - Menutup aurat
.:: - Ramah dan mesra
.:: - Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain



Baiklah saudari dan saudara.

Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Semoga apa yang telah dikongsikan dapat memberi manfaat kepada diri anda dan menjadi kayu pengukur dalam keperibadian akhlaq diri saya dan juga anda serta pasangan.

Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.

Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri termasuk diri saya yang dhoif di hadapan ALLAH Az Wajalla jua. Wallahu ‘alam..

January 9, 2011

TIMETABLE SEMESTER 2 2010/2011

PMEK2131 MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK

Selasa 08:00 AM-09:30 AM BSEC101
Khamis 08:00 AM-09:30 AM BSEC101

PPEA2107 MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN

Rabu 11:00 AM-02:00 PM MK3

PPEK2105 PSIKOLOGI PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK & REMA

Khamis 09:30 AM-12:30 PM BSEC204

PPEK2106 PRINSIP PENGURUSAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK V.1

Jumaat 09:00 AM-12:00 PM BSEA203

PPEK2208 KEMAHIRAN PEMERHATIAN & PENILAIAN II

Isnin 02:00 PM-05:00 PM BSEB306

PSEK1152 MUZIK

Jumaat 03:00 PM-06:00 PM BSEB303

January 6, 2011

Kem Tahunan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan(PALAPES) RAWD

Tempat : Hutan Simpan Felda Sungai Tengi Hulu Selangor
Tarikh : 26/12/2010 - 30/12/2010
Kekuatan : 65 orang pegawai kadet palapes Universiti Malaya.