perjalanan hidup yang masih panjang-namun usia semakin singkat


October 17, 2011

sedikit perkongksian ilmu

malam jumaat lepas, saya telah menghadiri ceramah,
tajuk ceramah tu "dakwah milik siapa"
penceramahnya ialah Brother Shah Kirit
memang ramai yang hadir
sehinggakan penuh bilik kuliah e,
fakulti sastera dan sains sosial, um
dalam ceramah beliau,
beliau menyatakan dakwah adalah kepada semua
islam dan bukan islam.
beliau ada menyebut orang bukan islam
belajar tentang islam
bukan dengan kaji Al-Quran
tetapi melihat apa yang dihidangkan dihadapan mereka
tingkah laku masyarakat islam.
beliau bertanya
penagih dadah paling ramai, siapa?
kes rogol paling ramai, siapa?
kes buang anak paling ramai, siapa?
mat rempit paling ramai, siapa?
jawapannya...
fikir sendiri
apakah penilaian orang bukan islam
terhadap islam jika melihat kepada
situasi di atas?
banyak pendekatan yang boleh digunakan untuk berdkawah
menyebarkan islam kepada orang bukan islam.
"dakwah lah apa yang kita amalkan dalam islam nescaya apabila kita berdakwah kita sedikit demi sedikit akan mengubah diri kita kepada yang lebih baik"

October 16, 2011

Latihan Tempatan minggu kedua

Bila dah ada junior ni terasa lain plak bila ada yang panggil 'Tuan'. Tapi itulah kehidupan seorang tentera tak kiralah regular atau sukarela.
Apapun aku ingin menjadikan dirikan aku lebih yakin lagi dalam hidup.InsyaAllah.

October 7, 2011

Postmortem

Alhamdulillah selamat dah buat post mortem untuk program dekorasi. lepas ni tinggal siapkan laporan kegiatan dan laporan kewangan. setiausaha dan bendahari take note ye. selesai sudah tugas aku sebagai pengarah program. boleh menarik nafas lega dah. hope tiada lagi program yang memerlukan aku sebagai pengarah program.haha.lepas nih mahu jadi bendahari atau setiausaha pula.

October 5, 2011

Hari ini

Merupakan minggu pertama ada rowcall pagi,
Alhamdulillah dapat bangun awal,
dan jemaah di surau bersama-sama,
selepas solat,
berbaris di depan astaka,
punishment diberi selepas pemeriksaan 5 perkara,
punishment diberi selepas beberapa senior tidak berpuas hati dengan kehadiran untuk latihan TTS yang tidak memuaskan,
sejujurnya kami tidak tahu tentang 16 nama yang di detail,
kami difahamkan sebelum ini 4 orang nama sahaja yang di detailkan,
yang tidak masuk kawad konvo diwajibkan untuk menyertai persembahan sempena,
FESKUM,
tidak semena-mena,
kami diberi punishment,
Apa salah kami????
Bertanya sebelum bertindak,
Harap tidak berlaku lagi di masa akan datang.

October 3, 2011

ISTIADAT PERBARISAN KONVOKESYEN UM 11

SEAWAL JAM 4.30 PAGI, KAMI BANGUN, MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK PERBARISAN.
SELEPAS SOLAT SUBUH, PAKAIAN NO. 1 KAMI SARUNG.
SELEPAS MENGENAKAN PAKAIAN, KAMI BERGERAK KE DEWAN TUANKU CANSELOR,
DI SANA KAMI DIBERI TAKLIMAT OLEH ENCIK NORAZRI.
TEPAT JAM 8.15 PAGI KAMI MULAKAN LANGKAHAN.
JAM 8.25 PAGI KETIBAAN RAJA MUDA PERAK RAJA MUDA DR NAZRIN
10 MINIT KEMUDIAN KETIBAAN SULTAN AZLAN SHAH
SETERUSNYA BERMULA DENGAN LAGU NEGARAKU DAN TUANKU MEMERIKSA PERBARISAN DAN DI AKHIRI DENGAN LAGU NEGARAKU YANG DI KONDUK OLEH PASUKAN PANCARAGAM ATM.










October 1, 2011

Program Dekorasi Tabika KEMAS Daerah Lipis (23-25 September 2011)

Sinopsis

Program ini telah di jalankan di Balai Raya Kampung Kuala Kechau. Balai raya kampung ini telah dijadikan bangunan sementara untuk tabika yang akan beroperasi awal Januari 2012 nanti. Seramai 80 peserta telah terlibat dalam program ini. semua peserta bersama-sama menghias balai raya menggunakan standard kurikulum kebangsaan prasekolah untuk dijadikan tabika. Peserta turut dibantu penduduk kampung di situ. Hasilnya dalam masa sehari bermula dari jam 8 pagi sehinggalah lewat 1 pagi dewan balai raya berjaya didekorasi menjadi sebuah tadika. Tabika Kemudian telah dirasmikan oleh Yang Berhormat YB.Dato' Ir.Mohd Soffi Bin Tan Sri Abdul Razak,DSAP., DIMP., AMP.Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan Negeri. Merangkap Adun Kawasan Benta. Tabika ini telah selamat dirasmikan pada 25 september 2011. Saya selaku pengarah program mewakili semua tenaga kerja program dekorasi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak dato Soffi kerana sudi hadir sekaligus merasmikan pembukaan Tabika ini. Terima Kasih juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program masyarakat iaitu untuk menyediakan ruang belajar yang selesa untuk kanak-kanak desa mendapatkan pembelajaran yang lebih kondusif berbanding sebelum ini selaras dengan tema iaitu Tansformasi Ke Arah Pemantapan Awal Pendidikan.











1 oktober 2011

Latihan pertama untuk pasukan latihan pegawai simpanan. alhamdulilah dapat menamatkan hari ini dengan pelbagai cerita. hari ini merupakan sabtu ketiga dalam sem 1 sesi 2011-2012. dah msuk 3 mgu berturut-turut, cuti hujung minggu dibekukan. minggu pertama buka sem telah diisi dengan program interaksi persatuan pendidikan awal kanak-kanak um yang di jalankan di kem lembah pangsun hulu langat. minggu kedua pula diisi dengan program dekorasi tabika kemas daerah lipis dan minggu ketiga ni diisi dengan latihan tempatan palapes. memang tiada masa untuk rehat, takda masa nak keluar dengan teman-teman. semoga minggu keempat nanti boleh berehat dan outing dengan teman-teman.InsyaAllah.