perjalanan hidup yang masih panjang-namun usia semakin singkat


May 31, 2011

senyum & sedih

Assalamualaikum. tamat sudah latihan. rasa gembira dah xde orang nak bagi arahan, boleh tidur secukupnya tapi rasa sedih bila terpaksa berpisah dengan korang semua walaupun sementara.

Apapun selamat berehat dan bercuti kepada semua...saiful, semoga ko cepat sembuh..rafiqah jugak.n sape2 yang sakit tuh ak doakan korang semua cepat sembuh.

Ak mtk maaf atas kekhilafan yg ak lakukan, tanggungjwb yg ak xbuat, arahan yg ak ingkar, gurau senda yg buat korang terasa hati, kata2 yg terlanjur, terlepas..dan minta halalkan segala makan minum yg ak termakan dan terminum..jumpa lagi sem hadapan,insyAllah.

Intake 32 mantap! terbaik! xreput! xlopong!..-sentiasa dekat hati-

May 29, 2011

Alhamdulillah

Baru sahaja menamatkan latihan menembak 25 dan 100meter menggunakan senjata M16. Di Kem ATM Sungai Besi Selangor. Syukur kerana semuanya berjalan lancar. Permulaan yang baik apabila dapat mewakili peringkat untuk pertandingan tembak piring. pencapaian ketujuh terbaik peringkat junior sebanyak 67 markah. bagi pertandingan kalah mati jatuh piring..tewas kepada pasukan staf dan pegawai iaitu black tokek. kumpulan ini menjadi johan acara ini. Esok adalah hari terakhir latihan dan akan adanya happy hour (kena wat sketsa lawak, jadi krew jerrr..) dan yang penting sekali ialah peperiksaan. hanya ada masa 10 jam sahaja lagi untuk mengulangkaji pelajaran sebelum menduduki peperiksaan pada jam 9.00 pagi esok(30 mei 2011).

Alhamdulillah

Baru sahaja menamatkan latihan menembak 25 dan 100meter menggunakan senjata M16. Di Kem ATM Sungai Besi Selangor. Syukur kerana semuanya berjalan lancar. Permulaan yang baik apabila dapat mewakili peringkat untuk pertandingan tembak piring. pencapaian ketujuh terbaik peringkat junior sebanyak 67 markah. bagi pertandingan kalah mati jatuh piring..tewas kepada pasukan staf dan pegawai iaitu black tokek. kumpulan ini menjadi johan acara ini. Esok adalah hari terakhir latihan dan akan adanya happy hour (kena wat sketsa lawak, jadi krew jerrr..) dan yang penting sekali ialah peperiksaan. hanya ada masa 10 jam sahaja lagi untuk mengulangkaji pelajaran sebelum menduduki peperiksaan pada jam 9.00 pagi esok(30 mei 2011).

May 27, 2011

LUAHAN RASA

Alhamdulillah baru sahaja menamatkan latihan (ujian jalan laju)UJL sejauh 5km dengan membawa beban 15kg dengan keadaan trek naik turun bukit. kawasan ujian adalah di sekitar pangsun, hulu langat. selangor

Turut dapat ditamatkan ialah Ujian Pandu Arah(UPA) sejauh hampir 10km di atas peta dengan membawa beban hampir 10kg. Dengan keadaan trek yang berbukit, berpaya, becak, sungai dan hutan. terdapat 3 check point iaitu pertama sejauh 3.9km dan kedua 2.5km di atas peta...check point tidak dapat diteruskan atas sebab tertentu..2.7km jarak check point. ujian ini dibuat di sekitar hutan lipur hulu langat hulu perdik.

letih tetapi menyeronokkan dan mencabar kekuatan fizikal mental dan kerjasama dalam kumpulan. terima kasih atas kerjasama dan setiakawan kepada syafiq, ira, nik, tuan asyraf, tuan arif dan 3 orang lagi inter.

masa catatan : H0052 27052011

May 21, 2011

IBU.......


Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi

May 14, 2011

Tamat Sudah

alhamdulilah
kini aku bebas
dari peperiksaan
yang membosankan
yang buat aku jadi cakap sorang2
yang buat aku tak cukup tidur
yang buat aku jadi pendiam
yang buat aku menyibukkan diri
sekarang nih masa untuk gembira
sebab esok aku nak masuk latihan
oh palapes
rindu nak jadi fitik
rindu nak mandi peluh
rindu nak kawad
rindu nak pegang M16
rindu nak naik trak 3 tan
rindu dengan makanan yang sedap2
rinduuuuuuu......

May 7, 2011

INSAN KERDIL DISISIMU

YA ALLAH BANTU AKU
AKU SEMAKIN LEMAH
MENEMPUH SEGALA GODAAN INI
MENGAPA AKU JADI BEGINI
MENGAPA??

AKU MEMOHON KEPADAMU
KEMBALIKAN SEMANGATKU
PERJUANGAN DALAM PEPERIKSAAN
MASIH BELUM TAMAT
BERI AKU KEKUATAN
UNTUK MENTELAAH PELAJARAN

AKU RASA KOSONG
APA YANG AKU BUAT
SEPERTI TAK BERMAKNA
AKU TAK NAMPAK JALANNYA
BANTULAH AKU YA ALLAH
HANYA KEPADAMU
AKU MERAYU.

maksud surah al mukminuun

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya,
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia,
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu),
Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela,
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas,
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya,
Dan mereka yang tetap memelihara solatnya,
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi,
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

bertemu kembali.

hari ini, tetiba teringat kat blog.
so jengukla jap
Alhamdulilah, dah lepas 3 paper.paper management of behavior(pengurusan tingkahlaku), multimedia of learning, n phscyology for children and teenagers.
lepas nih paper observation n assessment 11(10 mei),muzic (11 mei), n mathematic (13 mei).
lepas tu sambung plak dengan latihan tempatan palapes(pasukan latihan pegawai simpanan) (16-30 mei)
1 Jun InsyaAllah dipanggil untuk berkhidmat untuk bekerja di fakulti. jika tak, terus balik hometown keje sebabnya....
13-18 julai nak p Sarawak...hehehe