perjalanan hidup yang masih panjang-namun usia semakin singkat


October 30, 2010

Mainan Dan Perkembangan

Salah satu subjek dalam semester ini
Dalam tugasan berkumpulan, saya dan ahli lain telah memilih
permainan bola kertas sebagai permainan
yang kami gunakan dalam sesi pembelajaran.
permainan bola kertas sangat menyeronokkan
dan memberi kebaikan kepada murid
dalam pelbagai aspek perkembangan
seperti bahasa, fizikal, sosioemosi dan kognitif.
permainan bola kertas sesuai dimainkan
diperingkat umur 6 hingga 12 tahun.

Gambar di bawah ini adalah hasil kerja kumpulan kami








StudyWeek&WeekBreak

Sedar tidak sedar 14 minggu kuliah telah berakhir.
seperti baru semalam mula semester,
tiba-tiba hari ini sudah tamat kuliah.
begitu cepat masa berlalu.
seperti yang tertulis dalam al quran,
masa dan waktu di akhir zaman sungguh pantas bergerak.
sama-sama lah kita ingat mengingati
supaya kita tidak leka dengan dunia
tetapi perlu kita ingat yang kita masih ada kehidupan di akhirat.
apa pun saya ingin mengucapkan selamat mengulangkaji pelajaran
kepada rakan-rakan sekalian.
duduki peperiksaan nanti dengan keadaan yang bersedia.
gunakan cuti selama tiga minggu ini untuk ulang kaji pelajaran.
saya memberi pesanan bukan hanya untuk rakan-rakan semua
tetapi untuk diri saya juga
kerana mulut saya yang memberi nasihat
akan didengari terlebih dahulu oleh telinga saya
baru telinga rakan-rakan sekalian.
sekian, wallahualam.

October 15, 2010

Adam dan Keangkuhan Syaitan

Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhnya lalu Kami katakan kepada para malaikat; "Bersujudlah kamu kepada Adam"; maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah." Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu: kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina." Iblis menjawab: "Berilah saya tangguh sampai waktu mereka dibangkitkan." Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)." Allah berfirman: "Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikut kamu, benar-benar Aku mengisi neraka jahanam dengan kamu semuanya." (Surah al-A'raf: 11-18)

JANGAN SEKALIPUN LUPA TENTANG KEWUJUDAN SYAITAN YANG SENTIASA BERUSAHA UNTUK MEMESONGKAN KITA

Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus. Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu. Maka adakah kamu tidak memikirkan? (Surah Ya Sin: 60-62)
Ingatlah bahawa kita mempunyai musuh yang bertujuan untuk membawa kita jauh daripada Allah, agama-Nya dan al-Qur'an. Dia tidak pernah berputus asa daripada rancanganya walaupun sedetik; sentiasa mencari kesempatan untuk menunaikan tugasnya. Dia boleh melihat kita daripada sudut yang kita tidak dapat melihatnya. Dan dia mencuba pelbagai cara untuk memerangkap kita. Salah satu daripada sifatnya ialah secara bersembunyi. Taktik dan perangkapnya mungkin berbeza kepada seseorang. Taktik yang digunakan juga bergantung kepada masa, tempat dan situasi. Musuh kita yang dimaksudkan ialah syaitan, makhluk yang dihalau daripada pandangan Allah.
Berlawanan daripada apa yang majoriti manusia fikir, syaitan bukanlah makhluk khayalan. Sebahagian daripada ujian d iatas muka bumi ini, seeorang itu perlu berjaga-jaga daripada syaitan. Ini kerana, selepas menderhaka kepada Allah, syaitan bersumpah untuk menyesatkan hamba-hamba Allah. Kedegilan syaitan ini dinyatakan didalam al-Qur'an sabagai berikut: