perjalanan hidup yang masih panjang-namun usia semakin singkat


January 23, 2010

gimik perasmian penutup opkim di felda jengka 8


candid di tadika di felda jengka8




Bulan yang begitu sibuk

januari ini ku rasakan masaku penuh dengan aktiviti
tidak kira di fakulti mahupun di kolej
walaupun ia memenatkan
tp aktiviti -aktiviti ini mengajarku erti kesabaran
erti kerjasama yang sebenar dalam kumpulan
kesefahaman dalam team work
dan nilai hormat menghomati sesama ahli
bermula dengan program dikolej iaitu
explorace bersama-sama pimpinan muda kolej
serta rakan seperjuangan
dan senior-senior.....
di fakulti pula
persatuan pendidikan awal kanak-kanak telah
menganjurkan satu program
Opkim atau sosialwork
di Felda Jengka 8 Pahang
Program ini dinamakan 3m(mesra mahasiswa bersama masyarakat)
sy ceritakan sinopsisnya okey
kami bertolak dari um pada jam 8.15agi dan
tiba disana pada jam 11.40pagi
ketibaan kami disambut begitu meriah
paluan kampung mengiringi kami ketapak perasmian
di sana kami telah di ambil sebagai anak angkat
saya telah mendapat seorang ayah iaitu abah hashim
saya dan 2 orang anak angkat lagi
iaitu azam dan mukhlis
dilayan begitu baik sekali
seperti tetamu pula
sedang kami adalah anak mereka
kami terharu dilayan begitu.....
projek kedua pula ialah
SEDAYA
seni dan rentak warisan budaya
2010
Sinopsisnya.......
saya terlibat sebagai ajk
dan peserta
peljar tahun satu telah mempersembahkan
adat perkahwinan di Malaysia
saya sebagai pelakon utama
baru sahaja berlalu
iaitu pada malam 22 jan yang lalu
dalam majlis itu
ferhani dan kumpulan saujana
telah di undang
untuk membuat persembahan.....
Projek ketiga pula
SUKFAP(sukan fakulti pendidikan)
anjuran Persatuan Pendidikan Awal kanak-kanak universiti Malaya
Sinopsisnya.......
pada pagi 23januari
saya sebagai ajk
bertungkus lumus menjayakan program ini
sehingga tidak tidur malam
menyediakan persiapan akhir....
program ini akhirnya berjaya juga dilaksanakan
terima kasih kepada semua yang terlibat.......

January 4, 2010

aku terasa kerdil di sini

aku seorang penuntut di universti malaya
di terima masuk atas tiket sijil tinggi pelajaran malaysia(stpm)
sekarang aku berada di tahun pertama sem kedua
tetapi aku rasakan aku baru di sini
kursus yang aku ambil tidaklah ternama seperti engineering atau medic
hanya early childhood education setaraf dengan kelulusan ku
ketika ini aku dapat rasakan ibu dan abang serta akak amat mengharapkan ku
aku lah satu2nya dalam keluarga yang dapat ke menara gading
bukan ku nak berbangga aku bijak dan abang2 n akak tidak pandai tapi
ibu dan arwah ayah tidak mampu menyekolahkan abang dan akak ke peringkat tinggi
hanya setakat mendapat srp dan spm
ku tahu bukan mudah untuk ku ke sini
banyak liku yang ku lalui
dan untuk mendapatkan segulung ijazah tidak sama seperti berada pada level spm
mahupun stpm...
ku perlu menuntut di sini selama 4 tahun untuk bergelar graduan
4 tahun adalah masa yang lama tapi
ku perlu membiasakan diri dengan keadaan ini
berpisah dengan keluarga dan hidup berdikari
ku harap satu hari nanti aku dapat membantu ibu abang dan akak
yang telah banyak berkorban untukku terutamanya ibu
tidak lupa juga pada ayah
walaupun ayah sudah pergi untuk selamanya
kenangan ku bersamanya masih kekal dalam mindaku
aku yang merasa kehilangan.
sekian