perjalanan hidup yang masih panjang-namun usia semakin singkat


April 7, 2010

contoh "lesson plan"

RANCANGAN PENGAJARAN – PENGEMBARAAN TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA

Taska : Prasekolah Maktab Pengajian Bahasa

Umur : 6 tahun

Tarikh : 5 April 2010

Masa : 10.00 pagi hingga 10.45 pagi (45 minit)

Bilangan murid : 12 orang

Topik : Pelancongan

Aktiviti : Meneroka Tempat-tempat Menarik Di Malaysia

Objektif:

Dapat mengenali lebih banyak tempat-tempat menarik di Malaysia

Mengenal tempat-tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia

Meningkatkan kemahiran bekomunikasi

Ringkasan aktiviti:

  • Set induksi: Guru mengarahkan murid-murid berkumpul di satu sudut dan menanyakan pengalaman percutian mereka sebelum ini di sekitar Malaysia
  • Langkah-langkah:

Aktiviti: Guru mengajak murid-murid menerokai tempat-tempat menarik di Malaysia bersama-sama

Aktiviti: Guru menyuruh murid-murid memadankan gambar tempat menarik dengan negeri yang sesuai

Aktiviti: Guru menyenaraikan dan menjalankan sesi membaca perkataan tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia

  • Penutup: Guru membuat rumusan apa yang dipelajari oleh murid-murid

Hasil Pembelajaran:

Di akhir pembelajaran, murid-murid dapat:

  • Mempelajari tentang tempat menarik, budaya dan makanan yang terdapat di Malaysia
  • Membaca perkataan yang diberikan dengan betul.
  • Mengeja perkataan yang diberikan dengan betul

Pengetahuan sedia ada:

  • Murid-murid dapat mengenali kebanyakan tempat menarik di Malaysia

Nilai:

  • Menghargai pelancongan tempatan
  • Meningkatkan keyakinan diri (melibatkan diri dalam aktiviti).

Strategi pengajaran:

  • Penyelesaian masalah:
    • Murid-murid perlu menyenaraikan tempat menarik di Malaysia
  • Pembelajaran melalui pemerhatian:
    • Murid-murid akan belajar melalui pemerhatian terhadap penerokaan tempat manarik di Malaysia

Media Pengajaran:

  • Komputer.
  • Marker Pen.
  • White Board.
  • Video

Kemahiran:

  • Kemahiran Manipulatif – Boleh menggunakan material pembelajaran.
  • Kemahiran Berfikir – Menjawab soalan yang diajukan dalam penerokaan dan menyelesaikan permainan.

Prosedur :

LANGKAH

AKTIVITI GURU

AKTIVITI MURID

MEDIA

PENGAJARAN

CATATAN

Set Induksi

( 7 minit )

- Guru mengarahkan murid-murid berkumpul di satu sudut dan menanyakan pengalaman percutian mereka sebelum ini di Malaysia

- Murid-murid berkumpul beramai-ramai di satu sudut dan masing-masing menceritakan pengalaman mereka bercuti di malaysia

Langkah 1

(10 minit)

- Guru mengajak murid-murid

Menerokai tempat-tempat menarik di Malaysia bersama-sama

- Murid bersama-sama

mengikuti penerokaan

tempat-tempat menarik di Malaysia yang ditunjukkan oleh guru

- video

- Komputer

Langkah 2

(15 minit)

Guru menyuruh murid-murid memadankan gambar tempat menarik dengan negeri yang sesuai

- Murid-murid dikehendaki memadankan gambar tempat menarik dengan negeri yang sesuai

- Cd pengajaran

- Komputer

Langkah 3

(8 minit)

* Pengukuhan

- Guru menyenaraikan dan

menjalankan sesi membaca

tempat-tempat menarik yang dapat disebut oleh murid-murid

- Murid-murid dikehendaki

membaca perkataan yang

disenaraikan oleh guru

beramai-ramai.

- Marker Pen

- White Board

Penutup

(5 minit)

* Kesimpulan

- Guru membuat rumusan tentang apa yang dipelajari oleh murid-murid

- Murid-murid

berbincang dan

menjawab pertanyaan guru

Penilaian/ulasan _______________________________________________________________________________

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE CAMERON HIGHLANDS

Ekspedisi selama 3 hari 2 malam di cameron sungguh menerujakan. Seramai 53 orang mahasiswa dan mahasisiwi serta penyarah, Dr. Shahbeshan Rengasamy menaiki sebuah bas dan van. Kami telah bertolak dari Universiti Malaya pada hari jumaat jam 11.00 pagi dan tiba di Brinchang pada jam 4 petang. Di sana kami telah menetap di Hotel Green Garden. Hotel yNg agak selesa bersesuaian dengan harga yang ditawarkan.Malam pertama di sana kami telah berkunjung ke pasar malam di situ yang menjual pelbagai produk dan buah-buahan keluaran masyarakat Camaron Highland. Pada hari sabtu keesokan harinya, kami telah berangkat ke Tanah Rata pada jam 9.00 pagi dan tiba pada jam 11.00 pagi. Kami telah di beri masa untuk menikmati keunikan alam semula jadi di Tanah Rata. Pensyarah kami Dr. Shabeshan Rengasamy sungguh "sporting" pada hari itu. Beliau bersama isteri dan anak turut bersama-sama dalam ekspedisi ini. Berjalan kaki sejauh lebih kurang 5 km dengan mendaki dan menuruni bukit amat menyeronokkan dan mencabar bagi kami semua. Selepas menjamu selera di Tanah Rata. Kami telah di bawa ke "Bee Farm" kemudian kami meneruskan ekspedisi kami ke Ladang teh dengan menaiki "shuttle bus". Untuk sampai ke kilang memproses daun teh, bas terpaksa melalui jalan di lereng bukit yang sangat curam.Apabila bas berselisih dengan kenderaan lain kami berasa sangat takut dan apabila melalui selekoh seperti bas ingin terbalik. Kami seakan-akan ingin menjerit di dalam bus apabila melihat kebawah dengan keadaan yang begitu curam. Nada takut mula kedengaran di dalam bas, tetapi pemandu bas kelihatan biasa sahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mungkin dia sudah biasa dengan keadaan itu. Kami tiba di kilang setengah jam kemudian dan masuk ke dalam kilang untuk melihat sendiri bagaimana daun teh di proses. Selepas mendengar peneranagan daripada supervisor di situ, kami ke lobi, di situ kami telah membeli beberapa jenis teh. Sungguh banyak pilihan. Ada diantaranya tidak terdapat di pasaran. Kemudian bersebelahan lobi terdapat sebuah cafe yang menjadi tumpuan orang ramai minum teh di situ. Kami pulang ke hotel pada jam 4.00 petang. Pada hari ahad kami bertolak pulang pada jam 10 pagi. Kami singgah di "Strawbery Farm" dan "Rose Valley". Seterusnya kami singgah makan tengah hari R&R Tapah. Kami tiba di Universiti Malaya pada jam 5.30 petang.
PEMANDANGAN MENGHIJAU
WAJAH-WAJAH CERIA
EKSPEDISI KE TANAH RATA
SUASANA NYAMAN DI CAMERON
LADANG TEH