Sedar tidak sedar 14 minggu kuliah telah berakhir. 
seperti baru semalam mula semester, 
tiba-tiba hari ini sudah tamat kuliah. 
begitu cepat masa berlalu. 
seperti yang tertulis dalam al quran, 
masa dan waktu di akhir zaman sungguh pantas bergerak. 
sama-sama lah kita ingat mengingati
supaya kita tidak leka dengan dunia 
tetapi perlu kita ingat yang kita masih ada kehidupan di akhirat. 
apa pun saya ingin mengucapkan selamat mengulangkaji pelajaran 
kepada rakan-rakan sekalian. 
duduki peperiksaan nanti dengan keadaan yang bersedia. 
gunakan cuti selama tiga minggu ini untuk ulang kaji pelajaran. 
saya memberi pesanan bukan hanya untuk rakan-rakan semua 
tetapi untuk diri saya juga 
kerana mulut saya yang memberi nasihat 
akan didengari terlebih dahulu oleh telinga saya 
baru telinga rakan-rakan sekalian.
sekian, wallahualam.

 
No comments:
Post a Comment