perjalanan hidup yang masih panjang-namun usia semakin singkat


October 15, 2010

JANGAN SEKALIPUN LUPA TENTANG KEWUJUDAN SYAITAN YANG SENTIASA BERUSAHA UNTUK MEMESONGKAN KITA

Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus. Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu. Maka adakah kamu tidak memikirkan? (Surah Ya Sin: 60-62)
Ingatlah bahawa kita mempunyai musuh yang bertujuan untuk membawa kita jauh daripada Allah, agama-Nya dan al-Qur'an. Dia tidak pernah berputus asa daripada rancanganya walaupun sedetik; sentiasa mencari kesempatan untuk menunaikan tugasnya. Dia boleh melihat kita daripada sudut yang kita tidak dapat melihatnya. Dan dia mencuba pelbagai cara untuk memerangkap kita. Salah satu daripada sifatnya ialah secara bersembunyi. Taktik dan perangkapnya mungkin berbeza kepada seseorang. Taktik yang digunakan juga bergantung kepada masa, tempat dan situasi. Musuh kita yang dimaksudkan ialah syaitan, makhluk yang dihalau daripada pandangan Allah.
Berlawanan daripada apa yang majoriti manusia fikir, syaitan bukanlah makhluk khayalan. Sebahagian daripada ujian d iatas muka bumi ini, seeorang itu perlu berjaga-jaga daripada syaitan. Ini kerana, selepas menderhaka kepada Allah, syaitan bersumpah untuk menyesatkan hamba-hamba Allah. Kedegilan syaitan ini dinyatakan didalam al-Qur'an sabagai berikut:

1 comment: