perjalanan hidup yang masih panjang-namun usia semakin singkat


August 28, 2010

AKU ANAK MANJA

Aku merupakan anak bongsu dalam keluarga, aku dikatakan anak manja
orang kata anak terakhir dalam keluarga minta apa sahaja pasti akan dapat
Aku mempunyai 5 orang dan 2 orang kakak, aku dikatakan anak manja
orang kata minta apa sahaja dari abang dan kakak pasti akan dapat
Aku mempunyai kenderaan sendiri, aku dikatakan anak manja
orang kata itu mesti abang dan kakak yang belikan
Aku mempunyai komputer sendiri, aku dikatakan anak manja
orang kata itu mesti abang dan kakak yang belikan.

Hari ini dan detik ini ingin aku perbetulkan semuanya.. Walaupun aku tau pemikiran, pemandangan seseorang itu tidak boleh kita ubah semudah mengubah kekdudukan meja di ruang tamu rumah.

Aku dilahirkan bukan lah dalam keluarga yang senang. Dengan bilangan ahli keluarga yang ramai, bapaku Raup Bin Kemeh.(telah kembali kerahmatullah ketika berusia 69 tahun) membanting tulang empat kerat turun ke pantai, masuk ke kebun, bertukang, melakukan apa sahaja kerja yang halal dan mendatangkan sedikit pendapatan untuk kami sekeluarga. Ibuku Ani bt Daik (kini berusia 59 tahun) turut menjejak langkah bapaku, membantu mencari bekalan isi rumah demi membesarkan aku dan adik beradikku.
Walaupun mempunyai adik beradik yang ramai tidak membawa maksud kami sekeluarga senang. Dibesarkan dengan keadaan serba tidak lengkap dan kesempitan hidup membuatkan tahap pelajaran abang dan kakak tidak begitu baik. Bukanlah untuk membandingkan diriku dengan mereka dan bukan untuk menyalahkan ibu dan bapaku. Tetapi, jika abang dan kakak diberi peluang seperti aku untuk belajar di sini, aku yakin mereka lebih pintar dan lebih berjaya daripada aku. Aku berbangga pada abang dan kakak walaupun tidak berpelajaran tinggi tetapi mereka juga boleh hidup bahagia. Walaupun kerja yang dilakukan tidak lah begitu lumayan pendapatannya tapi mereka mampu untuk menyara keluarga.
Tiga orang abangku dan kedua-dua kakak telah mendirikan rumah tangga. mereka telah ada tanggungan sendiri yang perlu diberi nafkah dan perlu diberi keutamaan daripada ku. Aku bukan adik manja.
Seorang lagi abangku(Mohd. Nasir bin Raup) anak kelima. Aku sangat berbangga padanya kerana aku rasakan beliau antara abang yang paling banyak membantu keluarga. Bukan sahaja ibu dan ayah malah adik beradik yang lain turut di bantu terutamanya aku. Usia yang kini mencecah 35 tahun, akan mendirikan masjid pada hujung tahun ini. Memang perlu dan harus mendirikan masjid untuk mendapatkan teman dalam hidup. Banyak perkara yang perlu difikirkan perlu disediakan untuk berkahwin. terutamanya dari segi kewangan. Kini aku tidak lagi minta bantuan kewangan mahupun bantuan lain. Aku mengambil sikap, jika dihulur barulah aku ambil,jika tidak,aku takakan minta kerana kau faham dan mengerti situasi beliau sekarang. Aku bukan adik manja.
Seorang lagi abangku (Mohd Cokri bin Raup) anak ketujuh berusia 27 tahun. Dialah yang menjaga ibuku sekarang. Dialah yang menanggung makan dan minum dan kos ubat ibuku. Dengan pendapatan yang tidak sampai seribu sebulan. Aku tidak mahu menyusahkannnya dengan tanggungjawab yang dia telah pikul sekarang. Jika aku sangat memerlukan barulah aku mencarinya meminta bantuan. Aku bukan adik manja.
Aku( Mohd Huzaimi Bin Raup)anak bongsu. berusia 21 tahun. Aku bukan lah nak melenting apabila dikatakan anak manja, hidup senang dan minta apa sahaja dari keluarga boleh dapat. Tetapi aku kurang berminat nak dengar orang berkata begitu.
walaupun di lahirkan sebagai anak bongsu dalam keluarga, bukanlah sifatku yang suka untuk menyusahkan mak ayah dan adik-beradik. aku lebih suka berdikari.
Semenjak dari kecil lagi aku telah didedahkan untuk bekerja, mencari duit poket sendiri. bukanlah melakukan kerja yang berat tetapi ia sesuatu motivasi untuk aku lebih menghargai wang aku dapat dari titik peluh aku sendiri dan menghargai pengorbanan ayah terutamanya dalam membesarkan aku. Amat beruntung bagi aku yang tinggal di kampung pelbagai jenis pekerjaan boleh di lakukan. Walaupun hasilnya sedikit dan kerjanya agak berat namun pengalaman yang aku perolehi sangat bermakna dalam hidup aku.
Aku berkebun dengan menolong bapaku mengait buah kelapa sawit. Aku turut melakukan kerja megupas buah kelapa. Menanam benih pisang. aku diberi upah setimpal dengan kerja yang aku lakukan.Boleh dikatakan kebanyakan kerja dikebun pernah aku lakukan. Aku bukan anak manja.
Aku juga pernah bekerja di pusat pengumpulan pisang atau stor pisang. Sangat penat kerja terutama apabila pisang sampai dan perlu diturun dan dinaikkan semula ke atas lori. Ada yang perlu disisihkan dan diisi ke dalam bakul untuk dibawa ke Johor Bahru, di jual di sana. Aku juga pernah bekerja di pusat pengumpulan buah kelapa dan juga salai kelapa. Juga menjadi kelindan lori mengangkat buah kelapa, daun pisang, sayur paku pakis dan bermacam lagi.
Aku juga masuk ke hutan paya bakau untuk mencari hasil laut iaitu siput sedut dan lokan. Aku akan menjualnya ke pemborong. Aku juga turun ke pantai untuk menangkap seperti ikan, udang, kerang. Bukan lah pantai berpasir yang dimaksudkan tetapi pantai paya bakau yang berlumpur. Dan untuk sampai ke pantai perlu mendayung sampan kira-kira 500 meter jauhnya atau pun boleh berjalan kaki dengan meredah hutan paya bakau. Kerja memang rumit dan sangat mencabar terutama di pantai jika ada ombak menyebabkan sukar untuk membentangkan jaring. Sampan yang aku naik pernah karam dipukul ombak dan terpaksa menariknya ke tepi bagi menimba air. Aku juga hampir lemas apabila terjatuh dari sampan dan ketika itu air sedang surut dengan arus sangat deras. Aku dihanyutkan arus. Aku bukan anak manja.
Mengikut abang bertukang juga aku lakukan. Kerja pertukangan yang pernah aku buat ialah membantu membina garaj kereta, pernah menggali lubang untuk memasukkan gelung tandas, membancuh simen, bantu menyiapkan rumah. Semua kerja-kerja ini dilakukan dengan tulng empat kerat. Aku memang suka kerja-kerja berat. asalkan upah yang di beri berbaloi dengan apa yang aku dah laksanakan. Bekerja di tengah matahari terik, ketika hujan itu sudah biasa pada aku.
Aku juga bekerja mengecat bangunan. Antaranya ialah klinik kesihatan pontain, balai polis kayu ara pasong, dan paling banyak sekali ialah rumah persendirian. Aku hanya sebagai pekerja. Palng mencabar ialah ketika mengecat bangunan klinik kerana perlu memanjat staging yang tinggi tapi aku tidak pernah merungut walaupun abang iparku sebagai katua disitu kerana aku sedar hanyalah pekerja.
Aku juga pernah bekerja kilang. kilang yang aku maksudkan ialah kilang kayu@somil.
Aku mula masuk ke industri ketika aku di tingkatan lima selepas spm. Abangku memanggil aku bekerja dengannya. Kerjanya memang berat dan bahaya. Hal ini kerana perlu membelah kayu durian dan kayu getah. Adakalanya kayu sebesar dua pemeluk aku. Saat ini aku dan rakan pekerja lain perlu membantu 'tau-chu dan tukang tarik untuk membelah kayu denagn mata mesin yang berpusing sangat laju. Seidkit kesilapan bolhe menyebabkan tangan putus. Tugasku merupakan bahagian terakhir iaitu menyusun kayu yang telah siap dibelah keatas tempat yang disediakan. Kayu yang dibelah adalah sepanjang satu kaki hingga enam kaki dan setebal dari 1 sehingga 2 1/2 dan punyai lebar dari 2 sehingga 6 inci lebar. Pekerja dengan majikan yang berbangsa cina memang mencabar. dan perlu banyak bersabar.
Kini walaupun aku telah berada di menara gading, aku masih bekerja. Bukanlah bekerja sambil belajar teapi apbila cuti sem aku akan membantunya abangku yang sulung membuat pendawaian sama ada pendawaian baru mahupun membaiki pendawaian lama di rumah perseorangan.Aku mula terlibat dalam kerja pendawaian pada umur 15 tahun. pada ketika aku kurang berminat kerana aku ada kerja lain yang aku lakukan dan melakukan pendawaian ini agak rumit dan memerlukan ketelitian. Kerja-kerja pendawaian juga mencabar bagiku, terutama apabila ingin menabur wayar dan mencari punca mengapa sambungan tidak berjaya. masa inilah paling stress bagiku. Dimarah oleh abang adalah perkara biasa. aku hanya memekakkan telinga. Membetulkan kesalahan aku.
bersambung......

1 comment: