perjalanan hidup yang masih panjang-namun usia semakin singkat


March 30, 2010

Sekretariat Pelajar Festival Seni UM 2010











































Menjadi salah seorang ahli sekretariat pelajar feseni UM memberikan banyak pengalaman berharga dan pegetahuan berguna pada diri. Pengorbanan masa selama 3 minggu, bermula dari 9 hingga 28 mac 2010 adalah bukan satu perkara yang sia-sia kerana penglibatan dalam festival seperti ini memberikan kita pengalaman mengendalikan sesebuah majlis dengan teratur dan mempunyai sistem yang tersusun. Kesalahan dan kesilapan serta kecuaian semasa mengendalikan festival ini akan saya jadikan sempadan dan segala kritikan dan suara-suara nakal di luar sana tidak menggugat semangat saya bergelar sekretariat sehingga ke malam terakhir iaitu malam juara-juara. Bermula dengan bertugas sebagai petugas penjaga rehearsal kemudian sebagai teknikal, backstage, runner, pendaftaran, penjaga hakim dan tugas yang paling berat ialah sebagai sm(stage manager) dan juga teknikal semasa malam juara-juara. Malam juara-juara dihadiri tetamu kehormat iaitu NC, TNC, dan VC serta pengetua-pengetua kolej, pengarah-pengarah, dekan-dekan dan banyak lagi.
terima kasih diucapkan kepada encik fadzli, encik ramzi, kak napi, fahmi, kak nadirah dan sekretariat yang lain kerana memberi tunjuk ajar, berkongsi pengalaman kepada saya.
Sekretariat feseni 2010 adalah yang terbaik dan sudah menjadi seperti keluarga yang apabila susah akan susah sama-sama dan apabila senang akan senang sama-sama. Jika diberi kekuatan dan umur yang panjang, insyAllah saya akan turut serta sebagai sekretariat pelajar festival seni 2011,amin......

No comments:

Post a Comment