perjalanan hidup yang masih panjang-namun usia semakin singkat


March 13, 2010

Kids Art Day 2010





Merupakan program Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya yang agak besar kerana melibatkan pihak luar. Memegang jawatan sebagai penolong pengarah publisiti dan jemputan, ia tidak semudah yang di sangka. Pelbagai halangan terpaksa di lalui untuk melaksanakan tugas yang di amanahkan. Bermula dengan mencari ahli-ahli yang boleh dan mempunyai komitmen melakukuan tugas yang diberi. Saya sebagai ketua memulakan tugas dengan mencari dan mendapatkan senarai tadika di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor bagi tujuan mengenalpasti lokasi untuk mempromosikan program ini. Bermula dengan membuat panggilan telefon ke tadika-tadika yang kami kenalpasti berpotensi untuk menyertai program ini sehinggalah menghantar surat menggunakan POS LAJU dan juga menghantar sendiri surat-surat dan borang penyertaan. Saya,Wan dan Pengarah Kids Art Day sendiri iaitu, Saudari Norazie telah mengorbankan cuti pertengahan sem untuk terus berada di universiti bagi menghantar surat dan borang penyertaan ke tadika yang berdekatan. Selepas menghantar surat kami terpaksa Terpaksa melakukan "follow up" untuk mendapatkan kepastian penyertaan sesebuah tadika itu. Saya dan ahli yang lain iaitu kak mira, kak abet, kak sarah, mardiana, hafizan dan syafikah telas sedaya upaya mendapatkan seberapa banyak penyertaan sama ada dari tadika mahupun pihak persendirian. 3 hari sebelum progarm ini berlangsung saya dan beberapa orang rakan telah bersama-sama menaikkan banner dan banting di sekitar Universiti Malaya sebagai promosi program di dalam kampus. Selain itu juga saya dan rakan iaitu Fadhil telah mengecat bahagian dinding pentas yang sudah kelihatan usang. Sehari sebelum program bahagian publisiti dan jemputan ditugaskan untuk menyiapkan backdrop. Saya memohon maaf kepada ahli kerana tidak dapat bersama-sama pada hari berkenaan kerana ada program lain yang terpaksa saya hadiri. saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli saya kerana berjaya menyiapkan tugas yang diberi dengan jayanya. terima kasih juga pada akak -akak tahun 3 pakk yang membantu unit publisiti dan jemputan menyiapkan backdrop itu. Backdrop yang dihasilkan sungguh menarik dan cantik. warna yang "colourfull" sesuai dengan program ini. terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Yang lemah itu datang dari diri saya sendiri dan yang baik itu datang dari Allah. sekian wassalam.

No comments:

Post a Comment