"Kalau kita hendak menasihati orang,
Tanya hati kita dahulu Tujuan kita 
hendak beri nasihat atau 
hendak memberi malu pada orang. 
Apabila kita hendak menyampaikan ilmu 
kepada orang, Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak
menunjuk yang kita lebih tahu. 
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,
kita tentu tahu niat kita, 
hendak menunjuk kita pandai atau 
rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".
Ingatlah pahala sesuatu amal 
ditentukan oleh keikhlasan kita. 
Kalau tujuan bukan kerana Allah, 
amalan itu akan menjadi macam debu. 
Bukan pahala kita dapat tapi bala.

 
No comments:
Post a Comment